Sunday 14 July 2013

1 efect manusia api


TUTORIAL KESAN KHAS : MANUSIA BERAPI
Salam sejahtera dan kali ini saya  akan tunjukkan cara untuk membuat kesan khas manusia berapi . Tutorial kali ini agak berat sedikit namun rasanya tidak lah begitu payah untuk menghasilkan seperti ini efek ini . Tutorial kali ini saya tujukan kepada yang sudah ada basic dalam editing menggunakan photoshop  dan kepada newbie yang keliru dengan step tutorial ini ,sila tinggalkan komen/soalan anda , nescaya saya akan membantu .

Photoshop : CS3 , CS4 ,CS5 ,CS6
Rajah diatas adalah kesan khas yang anda akan belajar dalam tutrial kali ini dan saya berharap anda diakhir tutorial dapat menghasilkan kesan seperti ini .
Saya mengandaikan bahawa anda telah membuka aplikasi Photoshop dan telah pun memilih gambar yang hendak diedit . Dalam tutorial kali ini saya telah mengunakkan stock gambar dari Ahrum *link dapat dilihat diatas .

Mula-mula ,
Dahulu duplicate layer , dengan menekan Ctrl + J . *Layer asal kita akan overlaykan warna hitam manakala layer baru akan di cropkan.
Kemudian asingkan subjek dan background dengan mengunakan cropping tool yang sesuai.
Dalam tutorial ini saya mengunakan magic eraser tool .Hal ini kerana subjek dan background mempunyai warna yang amat beza jadi amat sesuai untuk menggunakan magic eraser tool , tetapi anda harus kawal tolerance agak tidak merosakan gambar subjek .  Guna tolerance antara 30 -80 % .
Dan pastikan anda , mendapat hasil seperti dirajah atas .
Klik pada layer yang telah  anda crop , kemudian pilih gradient map seperti dirajah atas .
Klik gradient map , dan ikut warna gradient map sepertimana rajah diatas .
Kemudian pilih layer gradient map , right click - clipping mask . Dan anda akan mendapat sesuatu seperti diatas .
kemudian anda  hold shift pilih layer gradient map + layer yang telah dicrop , drag layer tersebut create new layer ,  lepas itu anda tekan ctrl + e , untuk merge layer tersebut .
 Sekiranya anda telah merge , maka layer anda sepatutnya sepertimana pada rajah diatas .
Tukar blending mode dari normal kepada  colour burn dan kontrol opacity .

Sekiranya anda telah berjaya menghasilkan sesuatu seperti atas , maka anda telah selesaikan 50 % proses tutorial ini. Seterusnya, bahagian  tutorial  yang  menarik  kerana kerana anda akan menghidupkan suasana karya anda dengan mengunakkan stock/gambar api.  Dan proses seterusnya adalah bergantung kepada kreaviti anda dan bagaimana anda handle photoshop. Stok gmbar api adalah hasil pencarian dari internet dan kebanyakkan ada dari Deviantart .

Cari gambar api dan letak dekat belakan subjek ikut kreativiti masing -masing .

 Ikut kreativiti masing-masing semakin random nyalaan api , senakin awesome manipulasi anda .

Saya menambah sedikit nyalaan api di kepala subjek untuk nenambahkankan lagi kesan dramatik. 

 Dan akhir sedikit touchup kawasan gelap dan terang dengan menggunakan Curve .



     Tutorial Kesan Khas : Manusia Berapi | FK
Dan akhir kata , terima kasih kerana sudi membaca tutorial kesan khas manusia berapi Tutorial ini hanyalah panduan semata-mata dan bukan 100% cara ia patut dilakukan kerana tiada cara yang standard untuk membuat efek seperti ini . Cara pengunaan tool dan bagaiman proses tutorial ini adalah hasil pengalaman saya , sekirnya ada salah dan silap sepanjang tutorial , saya hulurkan sepuluh jari. Dan paling penting , saya harap anda gembira  dengan ilmu manipulasi ni  

1 comments:

Unknown said...

BEGO amat lu Kgak ada Tolls nya gak ada turtoial gambar pecah gak bisa di liat

Post a Comment